Friday 7 June 2013

TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH KEMAMAN



Pada 16 April 2013 yang lepas, PPD Kemaman telah mengadakan satu taklimat bagi memantapkan pengurusan bagi kelas prasekolah di Daerah Kemaman Khususnya. Taklimat berkenaan melibatkan seramai 63 orang guru prasekolah dari 40 buah sekolah di seluruh Daerah Kemaman.


Taklimat khusus berkaitan pengurusan prasekolah dan pengurusan fail yang terbaru  tersebut disampaikan oleh pegawai dari Unit PAKK dan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu iaitu En.Mohd Rusli B. Ibrahim, Penyelia Kanan  Prasekolah dan En.Mohd Zaki b. Tenreha, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak  dan diurusetiakan oleh En. Asian b. Husssein, Penyelia Prasekolah PPD Kemaman.


Alhamdulillah sambutan yang diterima dari semua guru amat menggalakkan kerana semua guru begitu komited dan dapat menghadirkan diri dan mendengar taklimat dengan penuh minat Semoga dengan taklimat ini,aspek pengurusan Kelas . Prasekolah di Negeri Terengganu dapat ditingkatkan dan dapat diselaraskan agar tiada lagi masalah kekeliruan di antara guru. 


Pihak pengurusan Unit PAKK dan Prasekolah akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa agar aspek ini sentiasa diberi perhatian oleh semua guru. Unit PAKK mengucapkan tahniah kepada PPD Kemaman kerana menjadi daerah pertama mengadakan taklimat Pengurusan Fail dan Pengurusan Prasekolah di Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment