Saturday 12 October 2013

TAKLIMAT KSPK


Sukacita saya maklumkan kepada semua peserta Kursus Peningkatan Pengurusan Prasekolah Bagi Guru-Guru Prasekolah Negeri Terengganu yang diadakan pada 8-10 Oktober 2013 di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang, cikgu-cikgu boleh memuat turun bahan taklimat saya berkaitan KSPK melalui hyperlink di bawah. Gunakan bahan ini untuk membantu rakan-rakan guru yang lain bagi kebaikan bersama. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita semua dalam menjalankan tugas murni kita ini. Sebarang masalah dan pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0199194671. Terima kasih.

Bahan Taklimat KSPK.

Wednesday 25 September 2013

ALHAMDULILLAH: Kemaman Juara Keseluruhan Pertandingan Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Terengganu


Tiada lain ungkapan kegembiraan yang wajar diluahkan melainkan ucapan syukur alhamdulillah atas pencapaian yang amat cemerlang pasukan prasekolah daerah Kemaman apabila muncul selaku juara keseluruhan dalan Pertandingan Bijak Prasekolah sempena Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Terengganu .

Kemaman mengungguli tiga dari daripada empat acara utama dalam pertandingan yang diadakan pada 22 September 2013 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu. Dalam kategori nyanyian solo, biarpun sekadar berjaya mendapat saguhati, adik Nur Alia Natasha bt. Roslee yang dibimbing oleh Cikgu Rohaizan bt. Abu dari SK Seri Gelugor telah berjaya memberi saingan kepada peserta-peserta lain.

Bagi kategori Bahasa Malaysia, Kemaman yang diwakili oleh adik Nur Kyra Miza bt. Mohd Nahar dan Nur Irfah Hanim bt. Idris dari SK Bukit Kuang serta adik Siti Alya Syafiah bt. Sukeri Abadi dan Nur Awatif Insyirah bt. Yasmizan dari SK. Binjai unggul sebagai johan menewaskan  enam pasukan daerah lain dengan beza markah yang agak tinggi. Dengan memperolehi 167 markah, pasukan Kemaman berjaya mengatasi pasukan Marang di tempat kedua dengan 111 markah dan pasukan Hulu Terengganu di tempat ketiga dengan 85 markah. 
Juara Kategori Bahasa Malaysia yang dibimbing oleh Cikgu Julaina bt. Ahmad, SK Bukit Kuang dan Cikgu Jamaliah bt. Ibrahim, SK Binjai.
Bagi kategori Bahasa Inggeris, pasukan Kemaman berjaya menjadi johan mengatasi pasukan Besut dan Setiu yang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga. Pasukan Kemaman berjaya memperolehi 166 markah berbanding Besut 111 markah dan setiu 87 markah.

Hasil bimbingan Cikgu Atillah bt. Malik dan Cikgu Hasliza Zuwani bt. Mohd@Abd Halim dari SK Seri Geliga, semua pelajarnya yang terdiri daripada adik Nur Madihah Aflah bt. Mahadi, Wan Muhammad Aqlan Naim b. Wan Zulkifli, Nurdamia Karmila bt. Mohd Farizal dan Azny Sofiya bt. Saidi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang begitu baik sekali.

Tergambar seribu kepuasan di wajah guru-guru dan pelajar yang menjadi 
Juara Kategori Bahasa Inggeris

 Satu lagi pasukan yang telah menunjukkan prestasi persembahan yang sangat membanggakan ialah pasukan Action Song sekaligus melengkapkan hari gemilang Kontinjen  Kemaman dalam pertandingan pada kali ini. Pasukan yang keseluruhanya di anggotai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar SK Bukit Mentok 2 ini telah membuat persembahan yang memukau penonton dan barisan juri pertandingan. Berkat latihan intensif selama sebulan, pasukan jurulatih yang diketuai oleh Cikgu Widawati bt. Busrah, Cikgu Siti Harnani bt. Yusoff dan Cikgu Norliana bt. Yahya telah mempamerkan suatu persembahan menghiburkan dan berkualiti tinggi. Pasukan yang terdiri daripada 11 orang pelajar prasekolah SK Bukit Mentok 2 ini telah berjaya meletakkan pasukan mereka sebagai wakil Negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2013 di Shah Alam, Selangor. Turut hadir memberi sokongan pada hari gemilang ini ialah para ibu bapa pelajar serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman.


Mari kita sama-sama berusaha dan berdoa agar semua pasukan kita ini berjaya pula mengharumkan nama Negeri Terengganu Darul Iman di pertandingan peringkat kebangsaan nanti. Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada  guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam kontinjen Kemaman pada kali ini. Tanpa kerjasama, komitmen dan usaha yang tidak mengenal lelah semua pihak, kita telah berjaya membuktikan bahawa KEMAMAN BOLEH!