Wednesday, 11 September 2013
Sesi Saringan dan Pemilihan Peserta Karnival Bijak Prasekolah 2013
Satu sesi saringan dan pemilihan peserta yang akan mewakili Daerah Kemaman ke Karnival Bijak Prasekolah 2013 Peringkat Negeri Terengganu bagi Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Binjai pada 11 September 2013. Dua sub-aktiviti bagi setiap kategori iaitu menyusun huruf menjadi perkataan dan menyusun perkataan menjadi ayat telah dijalankan dengan jayanya. Bagi kategori Bahasa Melayu, sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Binjai, SK Seri Kemaman dan SK Bukit Kuang. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula hanya dua buah sekolah yang bersaingan iaitu SK Seri Geliga dan SK Rantau Petronas. Sesi saringan dan pemilihan tersebut telah diadili oleh En. Md. Ismail bin Md. Salleh dan En. Mohd Anuar b. Ibrahim yang merupakan Fasilinus Literasi Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman. Kepada semua warga prasekolah Daerah Kemaman, marilah kita sama-sama memberi sokongan padu dan doa kepada semua wakil kita agar mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya menjulang nama Prasekolah Daerah Kemaman. YAKIN BOLEH!
Thursday, 29 August 2013
TAHNIAH! Pasukan Koir Prasekolah SK Seri Geliga Juara Peringkat Negeri Terengganu.
Sekalung tahniah kita ucapkan kepada Pasukan Koir Prasekolah SK Seri Geliga kerana berjaya merangkul juara Pertandingan Koir Prasekolah Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu pada 29 Ogos 2013.Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Zaipah bt. Ismail, Cikgu Atillah bt. Maliki dan Cikgu Hasliza Zuwani bt Mohd @ Abd Halim serta dibantu oleh para PPM merupakan juara peringkat daerah Kemaman. Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tn. Hj. Sulaiman b. Mohamed merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh melatih dan membimbing pasukan ini hingga bergelar juara peringkat Negeri Terengganu sekaligus mengharumkan nama daerah Kemaman. Semoga kemenangan dan kecemerlangan ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan prasekolah lain yang akan mewakili daerah Kemaman dalam apa jua pertandingan selepas ini.TAHNIAH ! PRASEKOLAH KEMAMAN BOLEH!
Subscribe to:
Posts (Atom)





