Wednesday 26 June 2013

ANUGERAH GURU INOVATIF ( PRASEKOLAH ) 2013

Seluruh warga Prasekolah Daerah Kemaman mengucapkan tahniah kepada Cikgu Noorhana bt. Rahmat, Guru Prasekolah SK Seri Bandi 2, Kemaman kerana telah dipilih menerima Anugerah Guru Inovatif (Prasekolah) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman pada 23 Mei 2013. Sebelum ini beliau telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Program Amalan  Terbaik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2012 (Kategori Bahasa Melayu). Semoga beliau akan terus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan prasekolah di daerah Kemaman dan Negeri Terengganu Darul Iman.


TAKLIMAT POST MORTEM PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2013


Satu sesi Taklimat Post Mortem Program Peningkatan Profesionalime Keguruan Bahasa Inggeris Bagi Guru-Guru Prasekolah 2013  bersama semua Jurulatih Utama dan Penyelia-Penyelia Prasekolah PPD  telah diadakan pada 16 Jun 2013 di BTPN Terengganu. Sesi ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan kekurangan aspek perlaksanaan program setelah selesai slot pertama pada 10 Jun 2013 di seluruh Negeri Terengganu.

HAPPY BIRTHDAY CIKGU WIDAWATI



PENGGAMBARAN SESI PAT BM 2012 DI SK. RKT SEBERANG TAYOR






TINJAUAN PROGRAM MENTOR MENTEE DI PKG CHENEH BARU





Monday 10 June 2013

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2013

Program Peningkatan Profesionalisme Keguruan Bahasa Inggeris Bagi Guru-Guru Prasekolah Negeri Terengganu 2013 telah bermula pada 10 Jun 2013. Di Kemaman program ini dijalankan di Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman, PKG Kemasek dan PKG Cheneh Baru. Serama1 63 orang guru prasekolah seluruh daerah Kemaman terlibat dalam program ini. Guru-guru ini dibimbing oleh empat orang mentor yang telah mendapat latihan khusus dari Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program ini akan berlangsung selama 12 minggu dan kehadiran adalah diwajibkan.


KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME JURULATIH UTAMA PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2013 BAGI ZON SEMENANJUNG

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Kursus Pembangunan Profesionalisme Jurulatih Utama Prasekolah Kebangsaan 2013 bagi Zon Semenanjung pada 20 - 23 Mei 2013 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah melalui 'input' pendidikan prasekolah yang terkini selaras dengan usaha meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah seperti yang dihasratkan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) untuk pendidikan prasekolah dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015)

Seramai lima orang peserta dari daerah Kemaman telah dipilih mewakili Negeri Terengganu yang melibatkan seorang pegawai dan 4 orang guru prasekolah. Mereka yang terpilih ialah En. Asian b. Hj. Hussein, Penyelia Pengurusan Murid PPD Kemaman. En. Kauziran b. Mamat, SK Cheneh Baru 2, Pn. Noorhana bt. Rahmat, SK Seri Bandi 2, Pn. Julaina bt. Ahmad, SK Bukit Kuang dan Pn. Hanani bt. Omar, SK Felda Neram 1.




MESYUARAT PENYELARASAN PEMURNIAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Mesyuarat Penyelarasan Pemurnian Rancangan Pelajaran Harian Konvensyen Amalan Terbaik Prasekolah Kebangsaan telah diadakan pada 23 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Negeri Terengganu diwakili oleh En. Asian b. Hj. Hussein, Penyelia Pengurusan Murid PPD Kemaman, Pn. Noorhana bt. Rahmat, Guru Prasekolah SK Seri Bandi 2 Kemaman, Pn. Widawati bt. Busrah, Guru Prasekolah SK Bukit Mentok 2 Kemaman, Pn. Marlini bt. Ali Usman, Guru Prasekolah SK Padang Mengkuang Marang dan Pn. Afniza bt. Ahmad, Guru Prasekolah SK Wakaf Tapai Marang


Friday 7 June 2013

PERTANDINGAN MELUKIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KEMAMAN 2013

Satu pertandingan melukis melibatkan pelajar prasekolah telah diadakan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman pada 18 Mei 2013 yang lalu. Pertandingan itu disertai oleh 50 orang pelajar prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir menemani dan memeriahkan acara tersebut adalah para ibu bapa dan penjaga.







Pertandingan tersebut dianjurkan oleh pihak PPD Kemaman dan diurusetiakan oleh Cik Sahani bt. Mohd Samsudin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pendidikan Khas Dan Swasta ) PPD Kemaman dan En. Asian b. Hussein, Penyelia Pengurusan Sekolah Rendah, PPD Kemaman.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara tersebut disampaikan oleh En. Azmi b.Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pengurusan Sekolah ). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Asri b.Abd. Rashid, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pengurusan KGSK ).



TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH KEMAMAN



Pada 16 April 2013 yang lepas, PPD Kemaman telah mengadakan satu taklimat bagi memantapkan pengurusan bagi kelas prasekolah di Daerah Kemaman Khususnya. Taklimat berkenaan melibatkan seramai 63 orang guru prasekolah dari 40 buah sekolah di seluruh Daerah Kemaman.


Taklimat khusus berkaitan pengurusan prasekolah dan pengurusan fail yang terbaru  tersebut disampaikan oleh pegawai dari Unit PAKK dan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu iaitu En.Mohd Rusli B. Ibrahim, Penyelia Kanan  Prasekolah dan En.Mohd Zaki b. Tenreha, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak  dan diurusetiakan oleh En. Asian b. Husssein, Penyelia Prasekolah PPD Kemaman.


Alhamdulillah sambutan yang diterima dari semua guru amat menggalakkan kerana semua guru begitu komited dan dapat menghadirkan diri dan mendengar taklimat dengan penuh minat Semoga dengan taklimat ini,aspek pengurusan Kelas . Prasekolah di Negeri Terengganu dapat ditingkatkan dan dapat diselaraskan agar tiada lagi masalah kekeliruan di antara guru. 


Pihak pengurusan Unit PAKK dan Prasekolah akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa agar aspek ini sentiasa diberi perhatian oleh semua guru. Unit PAKK mengucapkan tahniah kepada PPD Kemaman kerana menjadi daerah pertama mengadakan taklimat Pengurusan Fail dan Pengurusan Prasekolah di Negeri Terengganu.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU PRASEKOLAH NEGERI TERENGGANU TAHUN 2013




Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kernenterian Pelajaran Malaysia memperuntukkan Program Peningkatan Bahasa lnggeris Bagi Guru-Guru Prasekolah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa lnggeris dalam kalangan guru-guru prasekolah.

Program berkenaan akan diadakan secara Latihan Dalam Perkhidmatan selama 12 minggu bermula bulan Jun hingga Oktober 2013. Sehubungan dengan itu, bagi memantapkan pelaksanaan program berkenaan dalam kalangan guru-guru prasekolah negeri Terengganu, tuan diwajibkan hadir sepenuhnya ke program berkenaan.

Para peserta diminta membawa bersama-sama bahan-bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti bengkel seperti alat tulis, gam, gunting, marker pen, pensel warna dan lain-lain. Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan dan Big Book prasekolah dan Bahan Bantu Mengajar. Surat dan jadual program telah dihantar ke sekolah melalui emel.

             Surat Panggilan
             Jadual Program